Celcom pernah mengumumkan hasrat mereka untuk menghentikan rangkaian 3G mereka pada penghujung tahun ini sejak beberapa bulan yang lalu. Terbaharu, mereka sudah mula menghantar pesanan mesej kepada pelanggan bagi mengesahkan tentang proses menamatkan rangkaian 3G yang sedang berjalan secara berperingkat sehingga akhir Disember ini.

Perkara ini dikuatkan lagi apabila Celcom turut memuat naik informasi berkenaan di laman web rasmi mereka. Usaha ini dilakukan di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara(JENDELA) dalam membuat peralihan daripada rangkaian 3G ke rangkaian 4G bagi memastikan aktiviti harian berjalan dengan lebih mudah dan lancar.

vocket-tech-news-celcom-1
Sumber Gambar: Celcom

Pengguna juga diingatkan untuk menggunakan peranti yang menyokong rangkaian 4G bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan yang akan berlaku pada masa kelak. Kepada mereka yang masih menggunakan peranti 3G boleh mendapatkan telefon dengan sokongan 4G menerusi pelan sim kad Celcom 4G.

Penamatan servis ini dilakukan bagi menambah baik liputan rangkaian 4G yang sedia ada serta menawarkan kepada lebih banyak kawasan. Selepas fasiliti rangkaian 4G berada di tahap yang optimum, barulah mereka boleh meneruskan agenda penawaran rangkaian 5G yang diidamkan oleh pengguna tempatan.

Berikut merupakan senarai negara yang sudah mempunyai rangkaian internet 5G yang terpantas di dunia.

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

Jepun Catat Rekod Internet Terpantas Dunia Dengan 319Tbps

Sumber